Subscribe Us

My Nephew : Dari SMTS Ke Kolej Vokasional Setapak

Title posting ini macamlah aku yang dapat tawaran masuk ke Kolej Vokasional Setapak tukan, normal lah bila mak sedara yang lebih teruja nak hantar anak buah si kembar tu. Akhirnya berjaya juga mendaftarkan diri masuk Kolej Vokasional. Congratulations to both of you!
Sekolah yang sudah dijadikan kenangan. Letih aku dengan kakak mendaki bukit sekolah ini nak amik sijil berenti dan laporan disiplin.

Lepas berkejaran di SMTS terus kami ke Kolej Vokasional Setapak untuk pendaftaran dan pembayaran asrama dan lain-lain.
Nasib baik lah kami 3 beradik dan abang ipar aku bantu umi si kembar, aku rasa kalau umi si kembar ini uruskan sorang-sorang mau melempik dia. Tapi semalam memang cuaca panas bak kata orang utara panas lik-lik. Memang basah kuyup dek peluh kita orang.
Tengoklah sikit punya panjang kena queue kat Koperasi nak beli keperluan baju dan asrama. Lepas registration yang mengambil masa yang lama. Aku pun tak tahu apa yang Cikgu tu belek lama sangat dokumen. Bila sudah selesai urusan di Koperasi, kami bergegas pula ke tempat pendaftaran asrama. 

Nasib baik kakak dan abang ipar aku sudah selesai buat pendaftaran untuk kemasukkan asrama, terus sahaja pergi dorm si kembar kemas barang.
dorm
Tengok betapa sibuknya makcik-makcik dan umi si kembar mengemas. hahaha. Cadar dan sarung bantal tu warna merah tu, jangan sampai ada pepijat suka sudah lerr...
Selesai semua urusan sekitar jam 5.00 petang, kami beransur pulang tinggalkan si kembar dengan kehidupan yang lebih berdikari untuk menuntut ilmu. 

ANEKDOT
Semoga ilmu yang dituntut mendapat keberkatan dan berguna untuk masa hadapan. Insha Allah. Aamiin.

Catat Ulasan

0 Ulasan